Pabila Melodi Bait Kata Bertemu

Thursday, 22 December 2011

Siri 2 : Siapakah DAP sebenarnya?

Tuesday, 2 August 2011


Siri 2 : Siapakah DAP sebenarnya?

Keris ingin meneruskan lagi penerangan mengenai PAP yang juga diwarisi oleh DAP. Lihat sahajalah apa yang terjadi di Pulau Pinang. Apa jadi pada Melayu dan Islam?.  Apakah bangsa Melayu PAS dan PKR tidak kisah dipinggirkan suatu hari nanti?


Ikuti penerangan ini yang boleh kita semua jadikan pengajaran.


Peminggiran Melayu di Singapura bermula sebaik sahaja Parti Tindakan Rakyat atau PAP berkuasa di pulau sekangkang kera itu. Kita perlu melihat perjalanan sejarah pulau Singapura untuk melihat bagaimana PAP yang diketuai oleh Lee Kuan Yew meminggirkan Melayu secara fizikal dan secara penghapusan sejarah.


Rekod terawal mengenai kewujudan Singapura terkandung dalam catatan sejarah negara China pada kurun ke-3. Singapura atau Temasik adalah sebahagian daripada jajahan empayar Srivijaya yang bertapak di Sumatera. Temasik merupakan sebuah perkampungan tepi laut yang menjadi tempat persinggahan bahtera-bahtera China dan dari benua kecil India dan Asia Barat.

Nama Singapura diambil dari dua perkataan Melayu yang berasal dari bahasa Sanskrit iaitu singa (simha dlm Sanskrit) dan pura (asal Sanskrit) yang bermaksud kota atau bandar singa. Ia dikaitkan dengan Sang Nila Utama yang menurut hikayat Sejarah Melayu menghadapi ribut besar semasa dalam pelayaran. Keadaan ribut tiba-tiba reda apabila Sang Nila Utama mencampakkan mahkotanya ke dalam laut. Selepas itu, Sang Nila Utama mencari daratan terdekat untuk mendarat dan pulau Temasik adalah tempatnya. Menurut hikayat itu lagi, haiwan pertama yang dilihatnya ialah seekor singa dan dia terus menamakan Temasik sebagai Singapura.


Nukilan sejarah yang terkandung dalam naskhah China dan Sejarah Melayu telah diketepikan oleh Kuan Yew kerana dia mahukan sejarah Singapura dimulakan selepas kehadiran Stamford Raffles. Tindakan Kuan Yew dan PAP ini merupakan permulaan peminggiran Melayu dalam bentuk sejarah di Singapura kerana peranan dan sumbangan kerajaan Melayu sebelum itu, termasuk Johor-Riau, tidak mahu diulangi kerana ia memperlihatkan kebesaran dan pengaruh Melayu.


Pada lewat tahun 1818, Lord Hastings, Gabenor-Jeneral di India yang turut berkuasa ke atas tanah jajahan sebelah timur India, memberi kebenaran kepada Raffles untuk membuka sebuah stesen dagangan di hujung Semenanjung Tanah Melayu dan pulau Singapura menjadi pilihan. Pada 29 Januari 1819 Raffles mendarat di Singapura dan keesokan harinya membuat perjanjian dengan Temenggong, wakil Sultan Johor, untuk membuka pos atau stesen dagangan. Pada 6 Februari 1819, satu perjanjian rasmi dimeterai dengan Sultan Hussein Johor dan Temenggong Abdul Rahman. Melalui perjanjian ini, pihak Inggeris mula bertapak di Singapura dan menjadi raja yang bermaharalela memerintah pulau itu. Kuan Yew memilih detik sejarah ini sebagai pembuka buku sejarah Singapura.


Untuk mencapai niat dan hasratnya, Kuan Yew sanggup melakukan apa saja. Sebagai contoh, Kuan Yew sanggup bekerjasama dengan puak pro-komunis yang meresapi PAP apabila dia bekerjasama dengan pemimpin komunis bernama Lim Chin Siong untuk menumbangkan kerajaan David Marshall, seorang Yahudi yang anti-komunis. David Marshall adalah pengasas parti Labour Front yang ditubuhkan pada bulan Julai 1954 manakala Kuan Yew menubuhkan PAP pada November 1954.


David Marshall membentuk sebuah kerajaan campuran antara Labour Front dengan UMNO dan MCA pada 6 April 1955 selepas menang tipis dalam pilihan raya pertama. Bagaimanapun, dia meletak jawatan pada 6 Jun 1956 setelah rundingan di London untuk membentuk sebuah kerajaan sendiri sepenuhnya dan tidak dibawah seliaan Inggeris menemui jalan buntu. Inilah yang dinanti-nantikan oleh Kuan Yew kerana dia sedar pengganti David Marshall, iaitu Lim Yew Hock adalah seorang pemimpin (MCA) yang lemah.


Mulai 1959, PAP mula berkuasa sepenuhnya di Singapura dan terus memerintah sehingga ia dikeluarkan daripada gugusan Malaysia. Sejak berkuasa, Kuan Yew dan PAP melakukan apa saja yang mungkin untuk menindas dan meminggir orang Melayu. Perkampungan-perkampungan Melayu seperti Pasir Panjang, Telok Blangah, Bukit Timah, Bedok, Kampung Ubi, Kampung Dusun, Seranggoon, Geylang Serai, Kampung Glam, Paya Lebar dan lain-lain, diroboh dan dikosongkan untuk membina rumah pangsa atau binaan-binaan lain dan orang Melayu ditempatkan di rumah-rumah pangsa HDB mengikut arahan pemerintah. Mereka diasing-asingkan supaya tiada satu kawasanpun yang akan mempunyai majoriti penduduk terdiri daripada orang Melayu. Ia bertujuan untuk menjamin sokongan politik berterusan kepada PAP. Episod ini menandakan permulaan peminggiran secara paksa yang dilakukan ke atas orang Melayu.


Walaupun Bahasa Melayu termaktub dalam Perlembagaan Singapura sebagai Bahasa Kebangsaan, ia sebenarnya terpinggir kerana bahasa Inggeris dijadikan bahasa pentadbiran, sekolah Melayu, sekolah Cina dan sekolah Tamil ditutup dan hanya sekolah beraliran Inggeris dibenarkan. Bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil dijadikan bahasa pilihan kedua di peringkat sekolah.


Untuk memasuki pasaran pekerjaan, selain bahasa Inggeris, bahasa Mandarin menjadi pra-syarat universal dan dengan sendirinya bahasa Melayu terus terpinggir.

Dalam perkhidmatan negara atau kerahan tenaga, anak Melayu dilarang daripada memasuki tempat-tempat tertentu yang strategik dan canggih. Anak Melayu hanya layak dikerah berkhidmat dalam pasukan pertahanan awam dan pasukan polis dan sedikit sahaja dalam angkatan tentera, itupun dalam kor atau regimen yang dikira selamat untuk mereka masuki.

Sehingga saat ini, tidak seorangpun anak Melayu yang memegang jawatan penting atau tinggi dalam sektor awam (pemerintah) atau badan-badan berkanun.

Orang Melayu yang sanggup bersekongkol dengan PAP dan dipilih sebagai wakil rakyat, itupun dalam kawasan undi berkumpulan, hanya layak dilantik menjadi menteri yang menjaga alam sekitar, peparitan, kumbahan, kebajikan dan masalah berkaitan dadah. Jawatan-jawatan penting dikhaskan kepada bukan Melayu.


Jika pemberhentian pekerja terpaksa dilakukan oleh sektor perkilangan atau industri, pekerja pertama yang mesti diberhentikan hendaklah orang Melayu. Bilangan penganggur di kalangan orang Melayu adalah yang paling tinggi walaupun mereka memiliki kelulusan dan kemahiran tertentu.


Untuk memastikan ratio bukan Melayu dikekalkan pada paras sekarang, kemasukan secara beramai-ramai pendatang dari China, Taiwan, Hong Kong diberi galakan sedangkan penghijrahan orang Melayu dari Malaysia dikawal ketat.


Inilah ketidakadilan dan peminggiran yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew dan PAP ke atas orang Melayu, masyarakat peribumi Singapura.


Apa yang dilakukan oleh pemerintah Singapura dilihat sebagai satu bentuk pemerintahan ala kuku besi atau "authoritarianism" iaitu pengamalan demokrasi bukan liberal dan demokrasi berprosidur dan bukan demokrasi sebenarnya.


Reporters Without Borders meletakkan Singapura di tangga ke-140 daripada senarai 167 buah negara dalam "2005 Worldwide Press Freedom Index". Ia juga menuduh PAP mengamalkan penapisan yang ketat dan keterlaluan, mempengaruhi urusan Jabatan Pilihan Raya dan menjadikan pengambilan tindakan sivil di mahkamah terhadap pengkritik kerajaan sebagai satu senjata untuk melemahkan pembangkang. Kebebasan bersuara dibataskan.


Singapura kini mempunyai penduduk berjumlah 4.35 juta (sehingga Jun 2005) terdiri daripada 76.8 peratus Cina, 13.9 peratus Melayu dan 7.9 pratus India. Malangnya, ia tidak diperlihatkan dalam kabinet Singapura dimana hanya seorang Melayu bertaraf menteri, ia juga tidak kelihatan dalam sektor awam apatah pula dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).


Demikianlah sedikit sebanyak yang dapat saya perkatakan mengenai peminggiran Melayu di Singapura. Saya dapat berbuat demikian hasil pengalaman hidup semasa menetap dan bertugas di republik itu dalam tahun 1990-an dan dapat merasai apa yang dirasai oleh sebilangan besar orang Melayu Singapura.

Sumber dipetik dari blog : Keris7Lok

Thursday, 8 September 2011

Jiwang Sekilas di Gurun




Lagu ni takde kena mengena ngan hidup aku pon.. layan best woo... time dia tarik... enjoy gile...

Semua Tak Sama - Padi

Dalam benakku lama tertanam
sejuta bayangan dirimu
Redup terasa cahaya hati
Mengingat apa yang telah engkau berikan

Waktu berjalan lambat mengiring
dalam titian takdir hidupku
Cukup sudah aku tertahan
dalam persimpangan masa silamku

Coba tuk melawan getir yang terus kukecap
Meresap ke dalam relung sukmaku
Coba tuk singkirkan aroma nafas tubuhmu
Mengalir mengisi laju darahku

Semua tak sama .. tak pernah sama
Apa yang kusentuh apa yang kukecup
Sehangat pelukmu .. selembut belaimu
Tak ada satupun yang mampu menjadi sepertimu

Apalah arti hidupku ini memapahku dalam ketiadaan
Segalanya luruh lemah tak bertumpu
Hanya bersandar pada dirimu
Ku tak bisa, sungguh tak bisa
mengganti dirimu dengan dirinya

Sampai kapan kau terus bertahan
Sampai kapan kau tetap tenggelam
Sampai kapan kau mesti terlepas
Buka mata dan hatimu relakan semua

Wednesday, 7 September 2011

Hadiah Dari Jepun

Salam 1Malaysia

Hari ni, aku ngan rakan seopis aku kuar makan kat sebuah kedai Siam, Sogo.. orang belanja so aku layankan je la.. kena la lam RM330.00.. kredit ti Encik Elfian Satria Yaacob sebab sudi membelanja kami pada hari ni...

 




sedap gile makan kat situ, kena la dengan harganya.. tapi kalau bayar sendiri memang takde la aku nak makan tempat macam tu kan... tu yang baju putih tu la Encik Elfian Satria, ex-pengarah aku... the yang tudung merah tu lak Puan Marliah, dia ex-pengarah Kapasiti.. kiut woo dia... macam anak dara je klu tengok hahaha



Lepas dah makan tu aku menerima hadiah dari Puan Marliah yang study kat Jepun... come sangat benda ni...huhuhu

bestnye la klu hari2 ad orang belanja makan dan bagi hadiah..huuuuu

Tuesday, 6 September 2011

Zaman Muda Remaja

Salam 1Malaysia..

Pada petang yang indah ini.. kondisi terbaik untuk diriku adalah mata layu dan kuyu..sambil menguap chomel alaa laa hipopotamus yang tak cukup makan, hahaha.... sedar tak sedar.. memori 5 tahun lepas mendaki tinggi ke dalam kotak minda separa sedar aku... sebab paksaan tu aku teringat la zaman muda remaja dulu.... zaman jiwa metalizer..zaman hangguk2 kepala... 

Ni la zaman aku jamming dulu.. perform kat kolej lain masa kat U.. masa join BOTB..huhu

Battle Of The Band Kolej Keris Mas UKM tahun 2006.
(klik link untuk lihat video, klu bukan friend aku kat FB takleh tengok kot)









Ni BOTB 1st aku join selain kat Kolej Burhanuddin Helmi pada tahun yang sama. Dengan mendaftar nama sebagai Purnama 18, kitorang pon join la.. yang bestnya masa kat Kolej Burhanuddin Helmi, kitorang bawa lagu cover by Cradle Of Filth, tajuk dia Hollowed By Thy Name.. gile best..sebab masa tu ad 
banyak band bawa lagu metal..huhu

Selain dari join BOTB.. aku dulu sedikit aktif tok berjamming bersama dengan rakan2 artis yang lain...

Ni lak masa beberapa vid yang kitorang rakam masa jamming kat area Bangi.. ye la study kat UKMkan.. hahaha..


Lagu Cover dari FTG : Orang Timur 
(klik link untuk lihat video, klu bukan friend aku kat FB takleh tengok kot)


Lagu Cover dari Sil Khannaz : Santapan Raja Bersiong
(klik link untuk lihat video, klu bukan friend aku kat FB takleh tengok kot)


Memang terbaik gile la masa tu.. jamming selalu awal2 pagi.. konon masa tu la paling best dan layan.. abis jamming lik minum dulu..pastu balik kolej lentok terus..sok pagi masuk kuliah mata kuyu..hahaha.. tapi watak tetap.. pandang lec macam faham je...padahal lam otak..mende la ko sedang borakkan kat depan tu.. otak aku dah sengal nak blik  ni.. hahaha


Ni lak masa aku join Muzik Klasik tahun satu..cover lagu Dealove, lagu yang kitorang men sepanjang setahun tu ad lebih kurang 4 lagu la.. sem satu tahun satu kitorang men lagu Dealova ngan lagu Hari Raya tak silap aku... then sem 2 tahun 1 kitaorang men lagu Canon dengan lagu Masihkah Kau Ingat.. 




Muzik Klasik tahun 2006 : Dealova
(klik link untuk lihat video, klu bukan friend aku kat FB takleh tengok kot)



Bila dah hujung-hujung nyawa kat UKM tu, kitorang mula dipanggil tok memeriahkan Majlis2 dinner Kolej kat UKM... 






Kolej Keris Mas UKM : Nothing Else Matter (Metallica Cover)
(klik link untuk lihat video, klu bukan friend aku kat FB takleh tengok kot)


Kolej Keris Mas UKM : Living On Da Jet Plain
(klik link untuk lihat video, klu bukan friend aku kat FB takleh tengok kot)




Rindunya saat, waktu dan ketika itu............
  

Monday, 5 September 2011

Mari Beraya Waktu Lunch Hour!

Salam Aidil Fitri


Hari ini, 5 September 2011.. bersamaan dengan............ hari Isnin.. aku dan rakan seopisku dengan gagah pergi beraya secara berjemaah ke sebuah rumah rakan yang masih lagi mencutikan dirinya sampai-sampai je kat rumah tu kitorang disambut dengan sepasang arnab yang come...





Aku tanya kat tuan arnab, bile nak wat sate arnab n.. huhuhu..



Masuk-masuk je umah dia.. aku nampak benda ni... ahai.. dah macam masuk muzium dah aku rasa,,ehehe



Tu yang baju oren tu la tuan rumah. ketot je kan...eh!



dan ini satu pose istimewa dari rakan artis yang membuat lawatan sambil belajar dan berhari raya di rumah Cik Azliza Adnan.. comekan aku..macam model pon ada gak..hahaha



Lepas pose sana sini kat bawah gerbang kayangan tu.. kitorang teroka tempat len lak.. dapat la jumpe rangka pintu tanpa laluan ni.. dengan tak malunya.. selambe menangkap gambar di situ...




Chantek tak aku posing?? hahaha... syok tol baring atas ni... mmg macam gi Muzium tol.... tapi... tak semuanya indah......sebab.....



Sebab.. ni ha...diorang nampak aku posing maut.. terus duduk dan berposing juga...jahahaha



Lepas puas merayap lam umah yang ala la muzium tu.. kami dihidangkan dengan lauk pauk yang enak2!! sodap woo... kacang botol, ikan masin, pastu dapat lak makan sotong tumis... acar buah... banyak lagi la.. cuma aku sikit kempunan nak makan sate arnab...hummmm



korang tau tak mende ni?? kacang botol yang sedang meleleh.. hahahaha



ni last pic aku tangkap kat umah tu... hebat bukan? 



NI KLCC... aku snap masa odw nak lik... comekan..kan2?



NI dah sampai Sogo, skit je gi nak sampai opis ni....



Akhirnya.... sampai jua.... 

Friday, 2 September 2011

You'll Never Walk Alone

Salam 1Malaysia,

Hari ini aku nak story sikit pasal team bola English Premier League yang aku sokong dari aku kecik sampai la aku beso... Tengok Pic bawah ni.. pastu pepandai la teka...



You'll Never Walk Alone


Ni lah 1st team  Liverpool  yang  aku  rasa mampoo memberi impak tahap maksima musim ni... thanks a lot Sir Kenny Dalgish (Manager), Damien Comolli (Director of Football) dan tidak lupa kepada owner baru John Henry dan Tom Werner (NESN) yang memberi kepercayaan penuh serta bantuan kewangan yang melimpah ruah bagi membentuk semula skuad  Liverpool yang seakan nyawa-nyawa ikan semasa pemerintahan Hudgson dan Benitez.


Next game ti:

Liverpool VS Stoke City
10 September 2011



Aku berharap sangat ni la team yang akan main 1st eleven
 10 September nanti......


Mr Stiker

 


Mr Midfielder



Da Tembok Besar




DA GUARDIAN!!




  
Ni lak reserve team yang berpotensi tok diangkat: 



Reserve  Stiker



Reserve Midfielder



Reserve Defender




Reserve Goal Keeper

  


Asyik perkenalkan player je tak best gak kan klu tak kenalkan 2 orang penting Liverpool ni... Bagi aku diorang ni antara tunjang penting la dalam refrom semula Da Reds, sape lagi klu tak lain tak bukan Sir Kenny Dalgish (Manager) dan Damien Comolli (Director Of Football). Dan tidak lupa juga kepada owner club yang sempoi John Henry dan Tom Werner (NESN). Peranan diorang lam inject duit tok reshape semula Da Reds Sangat2.. sangat                  di hargai..


Ok meh aku perkenalkan satu-persatu.... di mulakan dengan... 

Bismillahirahmanirahim..




John Henry dan Tom Werner 
Owner Liverpool FC




Lagenda TerSohor LFC 
Sir Kenny Dalgish
Manager



Damien Comolli
Director Of Football



Ni aku bawakan sedikit petikan hamburan pujian dari
Damien Comolli (Director of Football) 
kepada John Henry dan Tom Werner (NESN) :



"I told them in the summer we need to buy players first and towards the end of the window there would be a lot of movement with players going out, and they were very very brave to accept that, having had no experience of a similiar transfer windows"

"From the outside it might be difficult to understand, but from my side their support was absolutely tremendous."




Harapan aku la kan... dengan adanya skuad ni, Liverpool leh la menang atleast 1 Piala musim ni.. layak men CL dan kurangkan goal2 kurang cerdik mistake sendiri, macam masa lawan Bolton.. aihhhhhh.... 



Sekian, Salam Hormat